BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 21 April 2009

Prakata

Syukur alhamdulillah, kita berasa gembira bahawa buat pertama kalinya Komiti Bahagian ICT sekolah ini berjaya menghasilkan sebuah laman / blog mengenai Sekolah Rendah Keriam Tutong I.

Blog ini mengandungi profil Sekolah, Profil tenaga pengajar dan kakitangan, Jawatankuasa-Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran, Akademik, Kokurikulum, Kebajikan Guru dan Pelajar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PTA) Sekolah. Selain itu blog ini juga mengandungi beberapa program akademik, kokurikulum dan PIBG.

Objektif penubuhan blog ini adalah semata-mata untuk mengongsisama dengan sekolah-sekolah rendah yang di luar sana mengenai maklumat-maklumat dan aktiviti-aktiviti terkini yang telah dilaksanakan oleh sekolah ini. Insyallah maklumat-maklumat yang dipaparkan melalui blog ini akan sentiasa dikemaskini / diupdate perisiannya mengikut kehendak semasa.

Ucapan syabas dan tahniah kepada tenaga pengajar, murid-murid serta semua yang terlibat dalam mewujudkan blog ini. Semoga segala sumbangan, buah fikiran, masa dan tenaga yang dicurahkan akan menjadi batu loncatan ke arah menjadikan blog ini berjaya, matang dan dewasa dalam menghasilkan sesuatu bahan yang menarik, kreatif serta bermaklumat untuk santapan minda para pembaca.

Sekian. Wassalam.

Dari Meja
Guru Besar
Sekolah Rendah Keriam
Tutong I