BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 23 June 2009

Acara penutup sekolah sempena cuti sekolah Penggal ke - 2

Penggal cuti persekolahan pada bulan Jun ini akan bermula pada 14hb Jun 2009 sehingga 28hb Jun 2009. Sesi persekolahan untuk penggal ke 3 akan bermula pada 29hb Jun 2009. Sehubungan dengan ini pihak sekolah telah mengadakan beberapa acara sempena hari akhir persekolahan bagi penggal ke 2 tahun 2009. Acara dimulakan dengan perbarisan pagi dan seterusnya penyampaian hadiah oleh Guru Besar, Ckg.Hjh Marinah kepada murid- murid yang telah berjaya memenangi peraduan mewarna bendera bagi negara - negara ASEAN. Acara diteruskan dengan aktiviti senamrobik dan diikuti dengan walkaton. Majlis diakhiri dengan mengadakan Jamuan ringan bagi setiap darjah.