BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 8 June 2009

Majlis Dialog Pendidikan Pencegahan Rasuah bersama PIBG Sekolah Peringkat Daerah Tutong

SR Keriam, 8hb Jun 2009. 2.00pm. Pada hari ini SR Keriam telah menjadi Tuan Rumah bagi sesi Dialog bahagian Biro Mencegah Rasuah bersama Persatuan Ibu bapa dan Guru- guru Sekolah. Majlis ini dimulai dengan bacaan surah Al - fatihah dan doa selamat oleh Ckg.Hj Kudil bin Tahir@ Hj Rahim dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati penghargaan oleh bahagian BMR kepada Guru Besar SR Keriam, Ckg. Hjh Marinah binti Hj Ghani. Majlis ini diteruskan lagi dengan ucapan dan taklimat yang telah disampaikan oleh pengerusi bersama pendidikan Pencegahan Rasuah iaitu YM Awg Hj.Abd Raub bin Hj Md Yassin. Dalam sesi taklimat beliau, beliau telah menyampaikan beberapa panduan pendidikan rasuah yang telah ditingkatkan bagi diadaptasikan dengan sistem pendidikan abad 21 (SPN- 21). Beliau telah berkongsisama mengenai topik- topik yang perlu diajar dari peringkat sekolah Rendah ke sekolah Menengah. Sesi dialog juga telah diadakan sebelum majlis ditamatkan pada jam 4.30pm.


Suasana Majlis Dialog Pendidikan Pencegah Rasuah di SR Keriam Tutong 1



Sesi Pendaftaran sebelum majlis dijalankan




Penyambut tetamu terdiri dari Guru-guru dan kakitangan SR Keriam.




Guru Besar SR Keriam, Ckg. Hjh Marinah dan cendera hati yang telah disampaikan oleh pihak BMR sebagai penghargaan kepada SR Keriam.



Diantara Jemputan Khas yang hadir pada majlis hari ini iaitu, YM ckg.Abd Kani, YM Awg Hj.Abd Raub bin Hj Md Yassin, YM Ckg.Hjh Rusni Bin Tunggal dan YM Ckg.Hjh Masni binti Hj Duraman.


Ckg.Hjh Azizah binti Hj Awg Layeh sebagai juruacara majlis dan Ckg.Hj Kudil bin Tahir @ Hj Rahim sebagai pembaca doa.



Ucapan pengerusi bersama pendidikan rasuah dan sesi dialog


Diantara jemputan yang hadir pada majlis hari ini.


Guru - guru dan Kakitangan SR Keriam