BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 7 June 2011

School Immersion Programme - Edgefield Primary School Singapore & SR Keriam, Tutong 1
















Pada 23hb Mei - 25hb Mei 2011 yang lalu, Sekolah Rendah Keriam telahpun menerima lawatan daripada murid-murid dari Edgefield Primary School Singapura seramai 20 orang termasuk 4 orang guru dan seorang juru pandu. Lawatan ini adalah satu program iaitu 'School Immersion Programme' selama 3 hari.

Berbagai aktiviti telahpun dirancang oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Program lawatan bagi memenuhi program lawatan selama 3 hari tersebut. Antara lain aktiviti ialah, lawatan ke blok-blok sekolah termasuklah Blok Titipan Kasih (MSI), ASEAN Corner, Perpustakaan, Bilik-bilik khas dan bilik-bilik darjah.

Mereka juga telahpun mengikuti pelajaran di dalam kelas selama satu jam mengikut subjek. Selain daripada itu, beberapa aktiviti kraftangan dan tradisional juga telahpun dirancang pada hari kedua dan hari ketiga.

Pada hari ketiga, beberapa acara pentas gabungan persembahan murid-murid SR Keriam dan murid-murid Edgefield Primary School.

Selama program tiga hari tersebut dijalankan, banyak pengalaman dan pelajaran yang murid-murid SR Keriam perolehi.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA AJK KERJA SCHOOL IMMERSION PROGRAMME DIATAS USAHA DAN KERJA KERAS UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM INI.