BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 16 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2011



Salam Maulidur Rasul. Pada hari ini (Khamis, 17 Februari 2011) sekolah telahpun mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.

Acara dimulakan dengan membaca Yaasin beramai-ramai di dewan sekolah. Kemudian di teruskan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan video Kisah Muhammad Utusan Terakhir.

Majlis diteruskan dengan Kuiz Maulidur Rasul. Dan seterusnya persembahan nasyid oleh murid-murid perempuan rendah atas.


Sebahagian murid-murid berselawat








Pertunjukkan video Kisah Muhammad Utusan Terakhir


Salah seorang murid Tahun 2 menjawab Soalan Kuiz


Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz





Pengagihan Bendera Kecil sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang ke 27 Tahun


Guru-guru SR Keriam

Pada hari Isnin 14 Februari 2011, upacara pengagihan bendera kecil kepada murid-murid telah dilakukan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 tahun bagi tahun 2011. Sebanyak 100 lebih bendera kecil telahpun diagih-agihkan kepada murid-murid rendah atas serta ketua darjah dan penolong ketua darjah bagi murid rendah bawah. Majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan dan menaikkan bendera. Di ikuti dengan ucapan wakil daripada Guru Besar Cikgu Muhd Faizul Azman. Acara diteruskan dengan pengagihan bendera kecil kepada murid-murid yang disempurnakan oleh Guru Kanan Akademik, Cikgu A'zizah. Sebelum menerima bendera kecil, murid-murid bersalaman dengan guru-guru.

Acara diteruskan lagi dengan pertunjukkan video slide mengenai Sultan SOAS III di dalam dewan sekolah. Kemudian sambutan diteruskan di dalam bilik darjah masing-masing. Cikgu A'zizah serta rombongan membuat lawatan ke bilik darjah sambil memerhatikan murid-murid meletakkan bendera kecil di atas meja sebelah kanan.





Sebahagian daripada murid-murid


Bersiap sedia untuk menaikkan bendera




Murid membaca doa sekolah dan doa tolak bala


Cikgu Muhd Faizul Azman memberikan ucapan sebagai wakil GB





Murid-murid bersalaman dengan guru-guru





Guru Kanan Akademik (wakil GB) mengagih-agihkan bendera kecil kepada murid-murid


Sebahagian daripada guru-guru


Murid-murid berkumpul di dalam dewan









Semangat patriotik Ustazah


Sambutan di dalam bilik darjah


Guru Kanan (wakil Guru Besar) menyaksikan sambutan di dalam bilik darjah


Murid-murid dengan bendera di dalam bilik darjah