BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 5 March 2011

Lawatan ke Pesta Buku 2011






Pada 3hb Mac 2011, seramai 110 orang murid-murid Rendah Atas membuat lawatan ke Pesta Buku di Pusat Persidangan Antarabangsa. Seramai 7 orang guru-guru telah mengikuti rombongan lawatan ke Pesta Buku.








Guru-guru 'posing'


Salah seorang murid membeli dictionary


Cikgu Hjh Ramlah dan Cikgu Ramlah sedang menelaah buku masakan


Kumpulan murid-murid di Pesta Buku 2011


Cikgu Juliana menjawab soalan kuiz


Cikgu Hjh Ramlah menjawab soalan kuiz


Kumpulan guru-guru yang melawat ke Pesta Buku

Wednesday, 2 March 2011

Multiplication Bee








Salah seorang murid dari Tahun 3


Salah seorang murid Tahun 3


Salah seorang murid dari Tahun 4B


Salah seorang peserta dari Tahun 4A


Salah seorang peserta Tahun 5A


Salah seorang murid dari Tahun 5B


Salah seorang murid dari Tahun 6A


Salah seorang murid Tahun 6B

Wednesday, 16 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2011



Salam Maulidur Rasul. Pada hari ini (Khamis, 17 Februari 2011) sekolah telahpun mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.

Acara dimulakan dengan membaca Yaasin beramai-ramai di dewan sekolah. Kemudian di teruskan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan video Kisah Muhammad Utusan Terakhir.

Majlis diteruskan dengan Kuiz Maulidur Rasul. Dan seterusnya persembahan nasyid oleh murid-murid perempuan rendah atas.


Sebahagian murid-murid berselawat








Pertunjukkan video Kisah Muhammad Utusan Terakhir


Salah seorang murid Tahun 2 menjawab Soalan Kuiz


Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz





Pengagihan Bendera Kecil sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang ke 27 Tahun


Guru-guru SR Keriam

Pada hari Isnin 14 Februari 2011, upacara pengagihan bendera kecil kepada murid-murid telah dilakukan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 tahun bagi tahun 2011. Sebanyak 100 lebih bendera kecil telahpun diagih-agihkan kepada murid-murid rendah atas serta ketua darjah dan penolong ketua darjah bagi murid rendah bawah. Majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan dan menaikkan bendera. Di ikuti dengan ucapan wakil daripada Guru Besar Cikgu Muhd Faizul Azman. Acara diteruskan dengan pengagihan bendera kecil kepada murid-murid yang disempurnakan oleh Guru Kanan Akademik, Cikgu A'zizah. Sebelum menerima bendera kecil, murid-murid bersalaman dengan guru-guru.

Acara diteruskan lagi dengan pertunjukkan video slide mengenai Sultan SOAS III di dalam dewan sekolah. Kemudian sambutan diteruskan di dalam bilik darjah masing-masing. Cikgu A'zizah serta rombongan membuat lawatan ke bilik darjah sambil memerhatikan murid-murid meletakkan bendera kecil di atas meja sebelah kanan.





Sebahagian daripada murid-murid


Bersiap sedia untuk menaikkan bendera




Murid membaca doa sekolah dan doa tolak bala


Cikgu Muhd Faizul Azman memberikan ucapan sebagai wakil GB





Murid-murid bersalaman dengan guru-guru





Guru Kanan Akademik (wakil GB) mengagih-agihkan bendera kecil kepada murid-murid


Sebahagian daripada guru-guru


Murid-murid berkumpul di dalam dewan









Semangat patriotik Ustazah


Sambutan di dalam bilik darjah


Guru Kanan (wakil Guru Besar) menyaksikan sambutan di dalam bilik darjah


Murid-murid dengan bendera di dalam bilik darjah



Saturday, 4 December 2010

SELAMAT BERCUTI

Kepada semua warga Sekolah Rendah Keriam:

SELAMAT BERCUTI DAN BUATLAH SESUATU YANG SANGAT BERMANFAAT PADA WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN.

Kepada semua Guru-guru Besar dan Penolong-penolong Guru Besar, Pegawai-Pegawai Pelajaran dan Guru-guru di Kawasan Tutong 1 dan Tutong 2:

SELAMAT BERCUTI!

Daripada:

Administration blog