BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 7 June 2011

School Immersion Programme - Edgefield Primary School Singapore & SR Keriam, Tutong 1
















Pada 23hb Mei - 25hb Mei 2011 yang lalu, Sekolah Rendah Keriam telahpun menerima lawatan daripada murid-murid dari Edgefield Primary School Singapura seramai 20 orang termasuk 4 orang guru dan seorang juru pandu. Lawatan ini adalah satu program iaitu 'School Immersion Programme' selama 3 hari.

Berbagai aktiviti telahpun dirancang oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Program lawatan bagi memenuhi program lawatan selama 3 hari tersebut. Antara lain aktiviti ialah, lawatan ke blok-blok sekolah termasuklah Blok Titipan Kasih (MSI), ASEAN Corner, Perpustakaan, Bilik-bilik khas dan bilik-bilik darjah.

Mereka juga telahpun mengikuti pelajaran di dalam kelas selama satu jam mengikut subjek. Selain daripada itu, beberapa aktiviti kraftangan dan tradisional juga telahpun dirancang pada hari kedua dan hari ketiga.

Pada hari ketiga, beberapa acara pentas gabungan persembahan murid-murid SR Keriam dan murid-murid Edgefield Primary School.

Selama program tiga hari tersebut dijalankan, banyak pengalaman dan pelajaran yang murid-murid SR Keriam perolehi.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA AJK KERJA SCHOOL IMMERSION PROGRAMME DIATAS USAHA DAN KERJA KERAS UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM INI.

Thursday, 5 May 2011

Taklimat Mencegah Kebakaran Operasi E, Balai Bomba Tutong



Pada 5hb Mei 2011, satu Taklimat mengenai mencegah kebakaran telahpun diadakan di Dewan SR Keriam. Taklimat disampaikan oleh Pegawai daripada Operasi E, Balai Bomba Tutong Encik Ajak. Taklimat bertujuan adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada semua warga sekolah mengenai cara mencegah kebakaran.

Warga sekolah juga berpeluang untuk melihat demonstrasi memadam api dengan menggunakan 'fire extinguisher' dan 'fire blanket'.

Diharap taklimat ini dapat memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan kepada warga sekolah.












































Steady Cikgu A'zizah


Guru-guru SR Keriam - sempat lagi posing


Cikgu Borhan dengan 'Fire Blanket'


Salah seorang murid mencuba untuk memadam api

Kempen Membisaikan Kawasan Sekolah bersama PIBG



Pada 23 April 2011 yang lalu, Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) SR Keriam, telahpun mengadakan Kempen Membisaikan Kawasan Sekolah bersama dengan murid-murid. Pada hari tersebut, murid-murid dan ibu, bapa dan penjaga murid telahpun dibahagikan kepada kumpulan mengikut zon masing-masing.

Aktiviti hari tersebut adalah menanam pokok-pokok bunga di kawasan sekolah.




Sebahagian daripada Ibubapa dan penjaga murid









Guru Besar sedang mencangkul











Bergambar ramai di depan Blok MSI

Friday, 8 April 2011

Aktiviti sebelum cuti persekolahan Penggal Pertama


Bergambar bersama-sama dengan guru-guru Model Sekolah Inklusif


Gambar ramai guru-guru SRKT1


Gambar ramai bersama dengan guru-guru rendah atas


Guru Besar dan Guru Kanan Pentadbiran bergambar ramai dengan kakitangan sekolah


Guru Besar menyampaikan ucapan beliau


Majlis Perpisahan untuk Ustaz Superto


Ustaz Superto


Penyampaian cenderamata kepada ustaz


The birthday cakes


The birthday celebrants for January - March


Cutting the cake





Sunday, 6 March 2011

Bulan Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Matematik & Penyampaian Sijil Prefek dan Ketua Darjah