Friday, 8 April 2011
Aktiviti sebelum cuti persekolahan Penggal Pertama
Gambar ramai guru-guru SRKT1
Posted by Sekolah Rendah Keriam Tutong 1 at 02:03
Sunday, 6 March 2011
Bulan Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Matematik & Penyampaian Sijil Prefek dan Ketua Darjah
Posted by Sekolah Rendah Keriam Tutong 1 at 04:35
Saturday, 5 March 2011
Lawatan ke Pesta Buku 2011
Pada 3hb Mac 2011, seramai 110 orang murid-murid Rendah Atas membuat lawatan ke Pesta Buku di Pusat Persidangan Antarabangsa. Seramai 7 orang guru-guru telah mengikuti rombongan lawatan ke Pesta Buku.
Kumpulan guru-guru yang melawat ke Pesta Buku
Posted by Sekolah Rendah Keriam Tutong 1 at 22:13
Wednesday, 2 March 2011
Wednesday, 16 February 2011
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2011

Salam Maulidur Rasul. Pada hari ini (Khamis, 17 Februari 2011) sekolah telahpun mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.
Acara dimulakan dengan membaca Yaasin beramai-ramai di dewan sekolah. Kemudian di teruskan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan video Kisah Muhammad Utusan Terakhir.
Majlis diteruskan dengan Kuiz Maulidur Rasul. Dan seterusnya persembahan nasyid oleh murid-murid perempuan rendah atas.
Posted by Sekolah Rendah Keriam Tutong 1 at 23:25
Pengagihan Bendera Kecil sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang ke 27 Tahun
Guru-guru SR Keriam
Pada hari Isnin 14 Februari 2011, upacara pengagihan bendera kecil kepada murid-murid telah dilakukan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 tahun bagi tahun 2011. Sebanyak 100 lebih bendera kecil telahpun diagih-agihkan kepada murid-murid rendah atas serta ketua darjah dan penolong ketua darjah bagi murid rendah bawah. Majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan dan menaikkan bendera. Di ikuti dengan ucapan wakil daripada Guru Besar Cikgu Muhd Faizul Azman. Acara diteruskan dengan pengagihan bendera kecil kepada murid-murid yang disempurnakan oleh Guru Kanan Akademik, Cikgu A'zizah. Sebelum menerima bendera kecil, murid-murid bersalaman dengan guru-guru.
Acara diteruskan lagi dengan pertunjukkan video slide mengenai Sultan SOAS III di dalam dewan sekolah. Kemudian sambutan diteruskan di dalam bilik darjah masing-masing. Cikgu A'zizah serta rombongan membuat lawatan ke bilik darjah sambil memerhatikan murid-murid meletakkan bendera kecil di atas meja sebelah kanan.
Acara diteruskan lagi dengan pertunjukkan video slide mengenai Sultan SOAS III di dalam dewan sekolah. Kemudian sambutan diteruskan di dalam bilik darjah masing-masing. Cikgu A'zizah serta rombongan membuat lawatan ke bilik darjah sambil memerhatikan murid-murid meletakkan bendera kecil di atas meja sebelah kanan.
Semangat patriotik Ustazah
Posted by Sekolah Rendah Keriam Tutong 1 at 00:07
Subscribe to:
Posts (Atom)