Pada 6 November 2009, Jummat - Sekolah Rendah Keriam telah mengadakan satu perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Ibu Bapa / Guru Sekolah. Tujuan perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan dan mengesahkan minit pada perjumpaan yang telah lalu. Antara agenda untuk perjumpaan ini adalah Hari Terbuka Sekolah dan Mini Sukan Ria yang mana akan di adakan sebelum berakhirnya penggal ke empat persekolahan bagi tahun 2009.
Antara yang hadir adalah: Guru Besar, Penolong Guru Besar, Ketua Kampong Keriam, Guru Kanan, beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi serta guru-guru sekolah.
fry1
1 year ago