BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 29 November 2010

Aktiviti Ko-Kurikulum - Lawatan ke Bowling Utama


Gambar ramai di depan Utama Bowling



Guru-guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan












Cikgu Muhd. Faizul memberikan sedikit penerangan






Salah seorang guru bermain bowling

























Pada 20hb November 2010 yang lalu, sekolah telahpun membuat lawatan ke Utama Bowling bagi Aktiviti Ko-Kurikulum untuk akhir tahun persekolahan tahun 2010.

Seramai lebih dari 100 orang murid dan beberapa orang guru pergi mengikuti aktiviti tersebut. Aktiviti tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid dan guru-guru kepada permainan bowling serta mengeratkan lagi silaturrahim di antara murid dan guru.

Sunday, 28 November 2010

Sukan Ria dan Majlis Penutup Sekolah

Assalamualaikum.

Pada 27hb November yang lalu, sekolah telah mengadakan Mini Sukan Ria bagi Murid-murid, Ibu bapa dan Penjaga serta Guru-guru dan Kakitangan. Sukan bermula pada jam 8:30 pagi dengan senaman ringan yang diketuai oleh Cikgu Muhd. Faizul Azman Ketua Ko-Kurikulum.

Pada hari tersebut juga, telahpun diselajurkan Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid-murid dari Pra Sekolah hingga Tahun 6.

Ibu bapa turut sama hadir bagi memeriahkan lagi Mini Sukan Ria pada pagi tersebut.

Pada 29hb November, sekolah telahpun mengadakan Majlis Penutup Sekolah yang diselajurkan dengan Majlis Graduasi bagi murid-murid Pra Sekolah dan Tahun 6 serta Penyampaian hadiah murid cemerlang bagi tahun 2010. Hadir sebagai Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Cikgu Yahya Penyelia Kanan Daerah Tutong.

Antara aturcara majlis tersebut ialah, persembahan murid-murid dari rendah bawah hingga rendah atas. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk membuat persembahan pakaian antarabangsa. Kemuncak majlis tersebut ialah Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang bagi Tahun 2010 dan seterusnya Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Tahun 6.

Alhamdulilah, kedua-dua Majlis dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Majlis, PIBG Sekolah dan para ibu bapa serta penjaga murid.

*Gambar-gambar bagi kedua-dua Majlis akan dimasukkan kemudian.
Sekian Terima kasih

Wednesday, 24 November 2010

KEPUTUSAN PSR 2010

Setelah menunggu sekian lama, keputusan PSR 2010 telahpun di keluarkan pada 16 November 2010, Selasa yang lalu.

Murid-murid sudahpun gelisah dan tidak sabar untuk mengetahui keputusan mereka. Apatah lagi guru-guru yang berhempas pulas mendidik anak-anak murid supaya mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat dibanggakan.

Akhirnya penat lelah serta doa guru-guru dan ibu bapa tecapai. Seramai 5 orang murid telahpun mendapat keputusan yang sangat cemerlang, iaitu dengan mendapat 5A.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid berikut:

1) Wadihah binti Hj. Zaini
2) Nor Masturina binti Ibrahim
3) Muhd Ali Waie Syazani bin Ali Hamdani
4) Asqina Nor Aiman binti Hj Noh
5) Hameezul Hafiz bin Hj Matlan

Dan tidak lupa kepada murid-murid yang lulus dalam PSR 2010. Syabas dan Tahniah diucapkan.

TERUSKAN BELAJAR DAN MENCAPAI CITA-CITA KAMU!

Tuesday, 23 November 2010

Lawatan guru-guru SENA


























Rabu, 24 November 2010 - Sekumpulan guru-guru SENA dari Sekolah Rendah PDNPJ Sengkarai Tutong telahpun membuat lawatan ke Sekolah Rendah Keriam.

Tujuan lawatan adalah untuk kongsisama dengan guru-guru MSI Sekolah Rendah Keriam. Guru-guru SENA juga berpeluang untuk melawat ke kelas-kelas MSI dan bilik SENA dan seterusnya melihat pembelajaran murid-murid.














SciMaths Trail 2010



Sedang menyapu insect repellent.




Salah seorang peserta menerima hadiah daripda Tetamu Kehormat



Salah seorang murid menerima hadiah daripada Tetamu Kehormat untuk aktiviti OGDC



Gambar ramai Guru Besar dengan Murid-murid



Guru Besar menerima hadiah daripada Tetamu Kehormat


6 November 2010 - Sungai Basong Tutong. JAPSER Tutong 1 telah mengendalikan Projek PPPS + M yang bertajuk SciMaths Trail dengan tema "Go Green Through SciMaths". Seramai 16 buah sekolah rendah telahpun mengikuti program tersebut.

Sekolah Rendah Keriam juga telah menghantar 6 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Pada hari tersebut Sekolah Rendah Keriam telah memenangi aktiviti SciMaths Trail dan aktiviti anjuran OGDC.

SYABAS DAN TAHNIAH!!!

Thursday, 12 August 2010

Mathematics Action Research


Semasa aktiviti berkumpulan




Murid-murid menjawab soalan-soalan





SELAMAT BERPUASA


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Selamat Berpuasa kepada seluruh warga Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1

Bulan yang mulia dan penuh berkah ini hendaklah di manfaatkan.
Semoga segala pengajaran dan pembelajaran guru-guru dan murid-murid akan mendapat berkat dan berjalan dengan lancar.

AMIN