Monday, 29 November 2010
Ceramah Polis mengenai jenayah
Pada 22hb November yang lalu, satu ceramah mengenai jenayah mencuri dan sebagainya telahpun disampaikan oleh 2 orang Pegawai Polis dari Balai Polis Daerah Tutong.
Dalam ceramah tersebut banyak disentuh mengenai jenayah seperti mencuri, merompak, kes dera dan membuli.
Ceramah tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid dan guru-guru mengenai kesalahan jenayah serta akibatnya.
Posted by Sekolah Rendah Keriam Tutong 1 at 17:04
Aktiviti Ko-Kurikulum - Lawatan ke Bowling Utama
Guru-guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
Pada 20hb November 2010 yang lalu, sekolah telahpun membuat lawatan ke Utama Bowling bagi Aktiviti Ko-Kurikulum untuk akhir tahun persekolahan tahun 2010.
Seramai lebih dari 100 orang murid dan beberapa orang guru pergi mengikuti aktiviti tersebut. Aktiviti tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid dan guru-guru kepada permainan bowling serta mengeratkan lagi silaturrahim di antara murid dan guru.
Posted by Sekolah Rendah Keriam Tutong 1 at 16:04
Sunday, 28 November 2010
Sukan Ria dan Majlis Penutup Sekolah
Assalamualaikum.
Pada 27hb November yang lalu, sekolah telah mengadakan Mini Sukan Ria bagi Murid-murid, Ibu bapa dan Penjaga serta Guru-guru dan Kakitangan. Sukan bermula pada jam 8:30 pagi dengan senaman ringan yang diketuai oleh Cikgu Muhd. Faizul Azman Ketua Ko-Kurikulum.
Pada hari tersebut juga, telahpun diselajurkan Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid-murid dari Pra Sekolah hingga Tahun 6.
Ibu bapa turut sama hadir bagi memeriahkan lagi Mini Sukan Ria pada pagi tersebut.
Pada 29hb November, sekolah telahpun mengadakan Majlis Penutup Sekolah yang diselajurkan dengan Majlis Graduasi bagi murid-murid Pra Sekolah dan Tahun 6 serta Penyampaian hadiah murid cemerlang bagi tahun 2010. Hadir sebagai Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Cikgu Yahya Penyelia Kanan Daerah Tutong.
Antara aturcara majlis tersebut ialah, persembahan murid-murid dari rendah bawah hingga rendah atas. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk membuat persembahan pakaian antarabangsa. Kemuncak majlis tersebut ialah Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang bagi Tahun 2010 dan seterusnya Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Tahun 6.
Alhamdulilah, kedua-dua Majlis dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Majlis, PIBG Sekolah dan para ibu bapa serta penjaga murid.
*Gambar-gambar bagi kedua-dua Majlis akan dimasukkan kemudian.
Sekian Terima kasih
Posted by Sekolah Rendah Keriam Tutong 1 at 23:13
Wednesday, 24 November 2010
KEPUTUSAN PSR 2010
Setelah menunggu sekian lama, keputusan PSR 2010 telahpun di keluarkan pada 16 November 2010, Selasa yang lalu.
Murid-murid sudahpun gelisah dan tidak sabar untuk mengetahui keputusan mereka. Apatah lagi guru-guru yang berhempas pulas mendidik anak-anak murid supaya mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat dibanggakan.
Akhirnya penat lelah serta doa guru-guru dan ibu bapa tecapai. Seramai 5 orang murid telahpun mendapat keputusan yang sangat cemerlang, iaitu dengan mendapat 5A.
Tahniah diucapkan kepada murid-murid berikut:
1) Wadihah binti Hj. Zaini
2) Nor Masturina binti Ibrahim
3) Muhd Ali Waie Syazani bin Ali Hamdani
4) Asqina Nor Aiman binti Hj Noh
5) Hameezul Hafiz bin Hj Matlan
Dan tidak lupa kepada murid-murid yang lulus dalam PSR 2010. Syabas dan Tahniah diucapkan.
TERUSKAN BELAJAR DAN MENCAPAI CITA-CITA KAMU!
Posted by Sekolah Rendah Keriam Tutong 1 at 03:07
Tuesday, 23 November 2010
Lawatan guru-guru SENA
Tujuan lawatan adalah untuk kongsisama dengan guru-guru MSI Sekolah Rendah Keriam. Guru-guru SENA juga berpeluang untuk melawat ke kelas-kelas MSI dan bilik SENA dan seterusnya melihat pembelajaran murid-murid.
Posted by Sekolah Rendah Keriam Tutong 1 at 21:44
SciMaths Trail 2010
6 November 2010 - Sungai Basong Tutong. JAPSER Tutong 1 telah mengendalikan Projek PPPS + M yang bertajuk SciMaths Trail dengan tema "Go Green Through SciMaths". Seramai 16 buah sekolah rendah telahpun mengikuti program tersebut.
Sekolah Rendah Keriam juga telah menghantar 6 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Pada hari tersebut Sekolah Rendah Keriam telah memenangi aktiviti SciMaths Trail dan aktiviti anjuran OGDC.
Posted by Sekolah Rendah Keriam Tutong 1 at 19:48